Wednesday, September 24, 2014

JAMUAN MAKAN MALAM TERTUTUP PERSATUAN KELUARGA SYARIF ABU BAKAR SYAH, YANG DIPERTUAN KEDAH PASAI MA KE II.
Oleh Waris Syarif Yang Di Pertuan


Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya baru-baru ini Persatuan Keluarga Syarif Abu Bakar Syah PKSABS telah selamat mengadakan jamuan makan malam tertutup disebuah Hotel terkemuka di Sungai Petani sempena menyambut bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri. 


Majlis tersebut yang telah sekian lama dirancang oleh Ahli Jawatankuasa persatuan telah selamat disempurnakan dengan penuh Adat Istiadat di Raja sepertimana termaktub didalam manuskrip Undang Undang Kedah. Majlis tersebut turut dihadiri kerabat diraja, Dato-dato, pembesar, penyokong, ahli persatuan dari jauh dan dekat.



Persatuan Keluarga Syarif Abu Bakar merafak sembah menjunjung kasih, menyokong penuh dan bernaung ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan juga Sultan Kedah Darul Aman. Mudah-mudahan dengan berkat naungan payung mahkota Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Kedah Darulaman akan terus makmur dan bahagia. Daulat Tuanku.



Secara simboliknya, bagi meraikan majlis makan malam itu, Pengerusi persatuan sebagai Syarif Yang Di Pertuan Kedah Pasai Ma II telah bersetuju bersama-sama ahli jawatankuasa persatuan untuk menganugerahkan ‘Selempang Kebesaran Bergelar’ kepada penyumbang tabung persatuan dan majlis makan malam tersebut. Sesungguhnya, segala sumbangan dan sokongan mereka selama ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disamping itu, persatuan ini yang ditubuhkan hampir 2 tahun lalu telah mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan diantaranya pembersihan kawasan makam-makam lama yg bernesankan Batu Nesan Aceh, mengadakan Mesyuarat Agong dan mesyuarat AJK, perjumpaan dan Hari Keluarga bagi mengeratkan lagi silaturrahim diantara ahli-ahli keluarga dan penyokong persatuan.

Adalah juga dimaklumkan bahawa persatuan tidak berminat untuk membuat sebarang tuntutan takhta atau kuasa yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Sebagai sebuah persatuan yg asalnya adalah dari keluarga Khalifah Islam, persatuan berpegang teguh kepada saranan dalam "Qutbah Wida", Khutbah terakhir 
Baginda Rasulullah SAW, terutama sekali, "kembalikan yg hak kepada yg berhak". Bagi kami, kembalikan bukanlah bermakna dengan cara membuat tuntutan. Hubungan silaturrahim kekeluargaan sesama Islam lebih penting. Kesalahan mereka terdahulu bukanlah kesalahan mereka yg ada hari ini. Sejarah diceritakan demi kebenaran untuk dijadikan iktibar dan tauladan agar ia tidak berulang lagi. Dengan itu, persatuan lebih berminat dengan aktiviti bercorak kemasyarakatan, keagamaan yg menjadi landasan Khalifah Islam kita dizaman dahulu.

Melalui pengumuman ini juga harap maklum bahawa mulai tarikh ini tidak akan ada lagi mana-mana persatuan atau majlis lain yang mewakili Majlis Yang Di Pertuan Kedah Syarif Abu Bakar Syah yang berkaitan dengan blog Empayar Islam Benua Siam Kedah. Keputusan ini adalah muktamad dan ia telah direstui oleh waris-waris yang paling tua dari dalam persatuan ini. Sekian.





Mengucapkan tahniah diantara satu samalain selepas selesai majlis


Para Hadirin mula mengambil tempat.


Jamuan makan malam sebaik selepas selesa imajlis

Diantara penerima "Selempang Kebesaran Bergelar" bergambar sebaik selesai majlis


Friday, July 25, 2014


KEBANYAKKAN ORANG ISLAM HARI INI MENENTANG UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN SISTEM KHILAFAH. KAMI MENCIPTA BENDA YANG DI NAMAKAN DEMOKRASI DAN MEREKA TERNYATA LEBIH DEMOKRASI DARI KAMI. MEREKA MENINGGALKAN JALAN KENABIAN MEREKA DAN MENGIKUT JALAN KAMI

Monday, December 16, 2013

History of the Malay DNA - based on the HUman Genome Project



Human Genome Project

Kajian yang dilakukan oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia berasaskan data yang dikumpul oleh projek Human Genome yang merupakan peta DNA paling lengkap yang pernah dikumpul. Sejak tahun 07 Sejarah Realiti Negara Kedah memperjuangkan sejarah Khalifah Islam yang dibenamkan oleh Inggeris.

Sila tuan/puan rujuk minit 1:08 keatas untuk maklumat yang berkaitan sejarah realiti yang telah di sembunyikan.




Friday, December 13, 2013

Undang-Undang Kedah - 1

Oleh Dato Mohd Ramalan Yunus

Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan perlembagaan Nagara Kedah yang di asaskan oleh Raja Merong Mahawangsa. Cucu kepada Maharaja Benua China iaitu Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Raja Merong Mahawangsa telah datang ke Tanah Semenanjung dengan membawa watikah (Kedat dalam bahasa Siam) dari datuknya untuk dijadikan Raja besar dibenua sebelah sini. Baginda telah membangunkan kerajaannya dikaki Gunung Jerai.

Baginda telah membawa bersamanya adat istiadat dan upacara-upacara kebesaran Raja-raja yang di warisi dari Raja Iskandar Zulkarnain. Adat istiadat inilah yang seterusnya diwarisi dan diamalkan sehingga kehari ini oleh Raja-raja Melayu diseluruh nusantara.


Segala adat istiadat, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang diguna pakai telah ditulis oleh cucu Raja Merong Mahawangsa iaitu Saidina Ali Wa Maulana Ibni Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir (juga bergelar Maharaja Podiset@lelaki yg terbaik yang membuka Negeri Siam Lancang ) .yakni anakanda Raja Merong Mahawangsa.

Teks UUK ini telah di tulis pada tahun 222 Hijrah bersamaan dengan tahun 837 Masihi ketika baginda Saidina Ali Wa Maulana menjadi Raja di Aceh.

UUK ini telah dijadikan perlembagaan sehinggalah kepada zaman Khalifah Nusantara yang terakhir iaitu Tuanku Syed Long Jaafar, Yang Di Pertuan Kedah yang telah dibunuh dengan kejam di Gurun pada tahun 1876 oleh tentera Sukhothai dengan bantuan pembesar-pembesar yang telah mengkhianati baginda.

Setelah Sultan Abdul Hamid Halim Syah II Ibni Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dilantik menjadi Sultan Kedah oleh Raja Thai pada tahun 1881 maka bermulalah era Kedah baru yang lebih dikenali sebagai Negeri Kedah Darul Aman.

Manuskrip UUK ini telah dibawa ke England dan disimpan di perpustakaan ' School Of Oriental And African Studies (SOAS) London ' dengan nombor rujukan MS 40329 dan dalam bentuk mikrofilem.

Dengan izin Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya dan tidak ingin bangsa yang dirahmatiNya ini terus ditipu oleh para penjajah kafir laknatullah maka pada tahun 2003 manuskrip tersebut telah dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun Dr Mahathir) .

Manuskrip tersebut telah diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk diterjemahkan dan sekaligus untuk diterbitkan.

Alhamdulillah, akhirnya pada tahun 2005, dibawah selenggaraan Puan Maryam Salim, UUK telah berjaya diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.

Pulangnya UUK (dokumen resmi sejarah Islam dan nusantara) ke tanahair adalah merupakan satu bukti sahih sejarah yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ini kerana dokumen tersebut adalah merupakan dokumen resmi kerajaan Malaysia mengenai sejarah Islam dan sejarah sebenar nusantara.

UUK adalah merupakan batu asas Kedaulatan Benua Islam Nusantara. Ia juga menjadi penanda aras kepada kedaulatan dan kemerdekaan Benua Islam Nusantara. Selama mana ia belum dikembalikan ketempat asalnya iaitu sebagai perlembagaan sebuah Daulah Islamiyyah di nusantara maka selama itulah benua ini masih dijajah. Dijajah oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah. Dan kini penjajahan tersebut diteruskan oleh anak-anak pribumi nusantara yang menjadi proksi-proksi mereka.

Kehadiran manuskrip UUK akan meniupkan kembali semangat jihad dikalangan umat Islam di seluruh nusantara. Kehadirannya juga akan memungkinkan kebangkitan kembali Sistem Khilafah Islam di benua nusantara ini. Ini kerana pewaris yang mutlak kepada kesinambungan sistem beraja yang ditinggalkan oleh Khalifah yang terakhir iaitu Shariff Yang DiPertuan Maharaja Benua Siam masih kekal terpelihara sehingga ke hari ini.

Kini terpulang kepada umat islam di nusantara khususnya di Malaysia untuk mengembalikan UUK ditempatnya yang hak. Tugas dan tanggung-jawab itu terpikul di atas bahu seluruh umat islam dinusantara. Ini kerana UUK adalah perlembagaan sebuah negara Islam. Menolak dan meminggirkannya adalah kufur.

Kepada pihak-pihak yang tidak mengenali sejarah sebenar benua nusantara dan UUK diharap berhati-hatilah dalam memberikan sebarang pendapat dan komen. UUK bukan sekadar satu isu biasa tetapi menyentuh aqidah kita sebagai umat Islam dinusantara.

UUK adalah dokumen resmi dan dokumen sejarah yang sangat tinggi nilainya. kalau ianya tidak bernilai masakan seorang tokoh besar seperti Tun Mahathir sanggup bersusah payah untuk membawanya kembali ke tanahair.

Dan kalau ianya tidak penting dan tidak bernilai masakan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang dipertanggung-jawabkan untuk menerbitkannya ? Tidakkah ini semua membuktikan bahawa UUK adalah satu dokumen yang sangat penting dan bermakna kepada kita semua ?

Kenalilah UUK dan sejarah sebenar kita agar kita tidak terus ditipu dan dimanipulasi oleh penjajah dan proksi-proksi mereka.

Bahasa Melayu di Ayuthia


Menarik jika kita ikuti keratan dibawah ini, yang dengan jelas mengatakan bahawa bahasa Melayu turut digunakan di Ayuthia dan dalam berurusan dengan negeri-negeri di selatan Siam. Malah bukan itu sahaja, raja-raja nya juga turut menggunakan bahasa yg sama untuk berkomunikasi dengan penjajah Belanda di Jakarta.



Undang-Undang Kedah - 2


Oleh Dato Mohd Ramalan Yunus
World Islamic Chamber of Commerce


Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan bukti yang cukup 'authentic' mengenai kewujudan
sebuah empayar Islam di benua timur ini. UUK juga menjadi satu bukti yang 'authentic' bahawa telahberlaku hukum syariat di benua timur ini.

Ia juga menjadi bukti bahawa setiap titisan darah yang mengalir untuk mempertahankan kedaulatannya adalah titisan darah para syuhada. Para syuhada yang terkorban kerana mempertahankan aqidah, khalifah dan watannya (ada pihak yang cuba menutup sejarah ini)

Dengan munculnya kembali UUK di negara ini maka sudah semestinya seluruh umat Islam di benua timur ini wajib mengambil tahu dan memahami apa yang sebenarnya tersirat disebalik kemunculannya? Dan apa pula semangat dan kewajipan yang turut dibawa bersama dengan kemunculannya itu?

Inilah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam dibenua timur. UUK bukan hanya sekadar satu dokumen sejarah. Malah ianya jauh lebih dari itu. Tuntutan dan kewajipan yang dibawanya cukup besar. Ia mencabar keimanan dan ketaqwaan kita sebagai umat Islam. Oleh itu kenalilah UUK. Mengenalinya adalah ibarat mengenali diri kita sendiri.

Menurut pendapat para ulamak, sesebuah negara Islam itu tetap kekal statusnya sebagai sebuah negara Islam biarpun ia telah dijajah. Statusnya hanya berubah menjadi NEGARA ISLAM YANG DIJAJAH.

Sebagai contoh negara Sepanyol yang dahulunya dikenali sebagai Andalusia. Semasa ianya dikenali sebagai Andalusia, Andalusia adalah merupakan sebuah negara Islam yang mengamalkan syariat Islam. Biarpun ia telah dijajah dan namanya ditukar menjadi Sepanyol namun ianya tidak mengubah statusnya sebagai negara Islam. Ia hanya berubah menjadi NEGARA ISLAM YANG DIJAJAH.

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Empayar Islam Othmaniyyah yang berpusat di Istanbul. Apabila Khalifah Empayar Othmaniyyah yang terakhir ditumbangkan pada tahun 1924 maka para ulamak seluruh dunia sepakat mengeluarkan fatwa bahawa mulai dari saat itu maka tertanggunglah disetiap bahu kaum muslimin diseluruh dunia kewajipan untuk mengembalikan sistem Khilafah.

Fatwa para ulamak ini jelas menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam diseluruh dunia untuk mengembalikan sistem Khilafah. Dan kewajipan itu adalah kerana untuk mempertahankan aqidah umat Islam. Fatwa itu sesungguhnya terbukti benar apabila setelah kejatuhan Khalifah Islam Empayar Othmaniyyah para penjajah kafir laknatullah itu telah memetakan semula sempadan dunia. Banyak negara-negara kecil yang diwujudkan bagi melaksanakan dasar ' divide and rule ' mereka.


Adakah anda pernah menentang dan menolak manuskrip Undang-Undang Kedah, menghina waris mutlak Almarhum Tuanku Nai long Kasim dahulu. Cermin-cermin lah diri anda kerana adat istiadat dan kisah raja-raja yg bergelar Khalifah bukan aras anda untuk dipertikaikan. Andalah proksi penjajah yang beminda sekular dan menolak sejarah Khalifah Islam. Tak perlu pun pengiktirafan dari anda jika anda mahu menentang, keredhaan Allah lebih utama berbanding anda.


Negara-negara kecil ini seterusnya diikat didalam satu gagasan yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan yang diasaskan untuk menjadi pemerintah tertinggi kepada negara-negara yang khususnya telah diwujudkan oleh mereka. Ianya adalah sebuah pertubuhan yang didalam perlembagaannya ditulis secara jelas tidak mengikhtiraf kekuasaan yang lain selain dari kekuasaan PBB.

Perlembagaan PBB ini dengan terang dan jelas telah menjadikan setiap negara yang menganggotainya menjadi kafir kerana takluk kepada perlembagaan PBB yang jelas menentang kekuasaan Allah SWT.

Negara-negara kecil yang dulunya adalah merupakan wilayah-wilayah Islam telah dikafirkan secara halus oleh para penjajah dengan cara menekan dan mengikat mereka didalam PBB.

Oleh itu dengan fatwa para ulamak dunia serta dengan segala bukti yang terang dan jelas didepan mata maka setiap umat Islam wajib mengadakan perlawanan dari segenap penjuru dan dengan segala macam cara bagi mengembalikan sistem pemerintahan Islam.

Umat Islam juga wajib memberikan perlawanan pada setiap masa kepada para penjajah kafir laknatullah dan proksi-proksi mereka biarpun hanya sekadar memberikan perlawanan secara ideologi. Ini penting bagi memelihara kebenaran dan kesucian Islam serta bagi memelihara aqidah setiap umat Islam itu sendiri.

Tunduk menyerah dan patuh kepada penjajah akan hanya mengakibatkan aqidah seseorang umat Islam itu menjadi rosak dan batal. Inilah hakikat yang wajib difahami oleh seluruh umat Islam.

Friday, November 15, 2013

SIAM, SIN YA ALIF MIM - SAYA YAKIN ALLAH MUHAMMAD


GAMBAR LAMA INI DISIMPAN DISEBUAH RESTORAN DI BANGKOK. TENGOK BETUL-BETUL APA YANG TERTULIS PADA GAMBAR MAHKOTA RAJA SIAM ISLAM INI. SEJAK TAHUN 07 SAYA MENGATAKAN BAHAWA RAJA SIAM ITU BERAGAMA ISLAM DAN RAJA THAI BERAGAMA BUDDHA. NEGERI SIAM ISLAM DITAWAN PUAK SUKHOTHAI BUDDHA PADA TAHUN 1767 LALU NAIKLAH RAJA KAFIR SUKHOTHAI BUDDHA YOTFA CHULALOK BERGELAR RAMA I. RAJA MAHABESAR BENUA SIAM ISLAM ADALAH KHALIFAH KITA DIZAMAN DAHULU BERASAL DARI JURAI RAJA MERONG MAHAWANGSA. BAGINDA ADALAH KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH.

Wednesday, November 13, 2013

Malaysia bila lagi?


Undang-Undang Kedah ialah manuskrip perlembagaan sebuah negara Islam yg diperintah oleh seorang Khalifah yang bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia. Dimanakah keturunan Khalifah kita yang dibuang oleh penjajah Inggeris dan ditutup sejarahnya ini?

Khalifah kita berketurunan Raja Merong Maha Wangsa dan Raja Iskandar Zulkarnaian, mereka ini bukan bergelar Paduka Seri Sultan atau Seri Paduka Baginda. Gelaran ini hanya lah untuk keluarga dan saudara kepada Raja sahaja (rujuk UUK). Raja Merong Maha Wangsa bukannya Sultan Merong Maha Wangsa dan Raja Iskandar Zulkaranaian bukannya Sultan Iskandar Zulkarnaian.

Bagi kami, MEREKA YANG MENOLAK UUK, HUKUMNYA KUFUR kerana ia sebuah manuskrip undang-undang Islam dan begitu juga yang masih cuba untuk menindas usaha kami memperkenalkan sejarah realiti, pun sama naiklah mereka itu. Sedap bukan kami membahasakan kamu?, namun tajam lagi bahasa kamu membahasakan kami ketika kamu menolak UUK. Dimanakah kamu meletakkan maruah kamu sebagai seorang Islam jika kamu menolak undang-undang Nya?

Siapakah kita untuk mempertikai Qutbah Wida baginda Rasululullah SAW untuk mengembalikan hak kepada yang berhak?




Kita semua tahu penjajah Inggeris merampas UUK dan menggantikan ia dengan "Common Law" dan sehingga kehari ini kita masih menyokong usaha penjajah yang anti Islam itu. Kita masih menyokong Sistem Demokrasi tajaan Yahudi ini, Sistem Kapitalis yg penuh dgn riba, walhal "u dare to called yourself a muslim" tapi kamu gagal melaksanakan amanah yg Allah berikan. Apa yg ada pada semangat kemelayuan jika kita tidak martabatkan Islam dahulu. Martabatkan Islam nescaya hasilnya satu bangsa yg dirahmati Allah hendak Nya.



Sekarang mungkin anda faham kenapa kita bergilir jawatan YDP Agong ibarat rumah tiada bertuan. Yang digilirkan setiap 5 tahun sekali itu bukan keturunan Raja tapi hanyalah saudara kepada Raja.

Agenda hari ini adalah agenda kebangkitan Islam, ini adalah agenda Allah SWT. Jangan dipermainkan. Agenda Allah SWT adalah untuk menaikkan semula Khalifah Islam dari jurai sebenar Raja Merong Maha Wangsa, tidaklah ia bergilir-gilir lagi. Paduka Seri yang sedia ada kekal memerintah dinegeri masing-masing sebagai wakil Syah Alam Yang Maha Mulia Khalifah. Sebarang perubahan haruslah kita semua lakukan secara berhemah dan diplomasi.

Syabas dari kami, keluarga Waris Raja Merong Mahawangsa kepada adinda kami Sultan Hassanal Bolkiah di atas keberanian adinda memperkenalkan semula undang undang Islam. Semoga kerajaan Islam pimpinan adinda mendapat restu sepenuhnya dari Allah UL Haq.

Seterusnya Ya Allah, redhai lah adinda kami Sultan Muhammad ke V utk negeri jajahan dan takluknya Serambi Mekah.

Thursday, August 15, 2013